APA ITU PENOLONG YANG "ACCOUNTABLE"

. KONSEP “PENOLONG YANG ACCOUNTABLE”

Konsep “penolong yang accountable” ialah penolong yang mempunyai sifat kebertanggongjawaban dalam melaksanakan tugasnya secara berilmu, beretika, jujur, bijaksana (hikmah) dan berinteraksi (mujadalah) dengan baik tanpa sebarang niat (kepentingan diri) dengan harapan klien akan dapat mendapat perubahan yang positif.


2. FAKTOR MEMELIHARA AKAUNTABILITI


1 Kepercayaan dan hormat
Seorang penolong hendaklah meletakan kepercayaan dan menghormati kliennya.

2. Penyayang dan ikhlas
Sentiasa bersikap penyayang dan ikhlas dalam memberikan bantuan

3. Kecekapan mengendalikan klien
Penolong sentiasa cekap semas mengendalikan kliennya.

4. Amanah
Penolong haruslah sentiasa bersikap amanah menyimpan rahsia klien.

5. Damai, tenang dan mersa
Seorang accountable perlu sentiasa dalam keadaan damai, tenang dan mesra semasa menghadapi kliennya

6. Iman yang kukuh
Keimanan seorang penolong perlu diperkukuhkan lagi dengan menambahkan ilmu dan mengamalkanya. Qada dan Qadar itu rahsia Allah dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya, maka hal ini boleh diambil pakai untuk menolong klien yang bermasalah bagi mencari ketenteraman jiwa.

7. Jujur
Sentiasa jujur semasa menolong klien

8. Bijaksana
Penolong hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam ia menerima klien dengan hati terbuka, menggunakan tutur kata yang baik dan menyenangkan

9. Pengajaran yang baik (Mau’izah)
Penolong bertindak memberi nasihat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati dengan mengemukakan buruk baiknya sesuatu itu agar klien dapat membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan Rasulullah sendiri pun diutuskan untuk menyatakan khabar berita yang menggembirakan dan khabar berita yang menakutkan

10. Berdialog/ berinteraksi dengan baik.
Berdialog dan berintraksi dengan kliennya dengan memberikan hujah yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, oleh itu, Penolong juga harus ada ilmu dan pengalaman supaya ia boleh dijadikan garis panduan ketika membantu klien.

11. Komunikasi yang berkesan
Penolong perlu memastikan komunikasi yang dijalankan adalah berkesan dimana peandang penolong akan lebih dihargai.

12. Keyakinan diri yang mantap
Perlu mempunyai keyakinan diri yang kuat untuk memastikan penolong adalah accountable yang baik semasa mengendalikan kliennya.

13. Berpandangan jauh
Berpandangan jauh dalam memberikan persepsi terhadap sesuatu isu yang dikemukaan klien

14. Tiada tanggapan/prasangka yang buruk
Seorang Penolong yang accountable juga tidah mudah berprasangka terhadap kliennya.

15. Bersemangat
Penolong perlu sentiasa bersemangat semasa menghadapi klien supaya dapat mempengaruhi klien meluahkan masalahnya dengan selesa.

16. Intergriti (beretika dan nilai murni)
Penolong perlu sentiasa berintergriti dalam ertikata beretika dan mengamalkan nilai-nilai muri semasa mengendalikan klien.

17. Tindakan yang berakal
Penolong haruslah membuat keputusan yang betul untuk melakukan tindakan. Jangan “menghukum” klien terlalu awal. Dengar isu yang diutarakan tanpa ada persepsi negetif terhadap klien.

18.
Boleh menerima ketidakpastian isu
Penolong haruslah bersikap “open minded” dan boleh menerima sekiranya isu yang dikemukan itu kabur dan ketidakpastian.

19. Pengalaman Penolong
Penolong yang accountable dapat mengaklikasikan pengalamanya yang positif sebagai satu nilai tambah dalam membantu menyelesaikan masalah klien

20. Pendengar yang baik
Sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada kliennya walaupun Penolong pada masa itu ada masalah peribadi sendiri.

21. Tidak emosional
Penolong tidak perlu terlalu emosi semasa proses menolong kerana dikhuatiri tingkah laku akan menanbahkan lagi masalah klien.

22. Menolong yang termampu
Penolong hanya memberikan bantuan mengikut kemampuan sesaorang penolong sahaja.

23. Konsisten dan komited
Penolong yang accountable perlu sentiasa konsisten dan komited dalam tindakanya. Ini dapat memberikan gambaran yang positif bahawa Penolong boleh dipercayai dan diharapkan.


3. LANGKAH UNTUK MENHAYATI DAN MEMBUDAYAKAN KONSEP AKAUNTALIBITI DALAM INTERVENSI INDIVIDU DAN KELOMPOK



1. Menambah ilmu pengatahuan
Seorang penolong perlu peka dengan perkembangan ilmu pengetahuan tentang teknik-teknik aplikasi dan pendekatan terkini. Penolong haruslah berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dan jangan mudah berpuashati dengan apa yang telah dipelajari.

2. Amali (praktis)
Penolong hendaklah sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip akauntabiliti seorang penolong. Contoh, jujur, komited, konsisten dan suka menolong dalam setiap keadaan.

3. Pergaulan sosial dan aktiviti kemasyarakatan
Pergaulan dan aktiviti kemasyarakatan dapat membantu penolong mengamalkan dan membudayakan konsep akauntabiliti penolong dimana penolong dapat berjumpa dan berinteraksi dengan masyarakat serta akan menghadapi perlbagai jenis masalah dan isu yang boleh diberikan pertolongan.

4. Mempunyai mentor
Penolong juga boleh merujuk kepada mntor/penolong yang lebih berpengalaman dalam mengendalikan sesuatu isu yang berat dan sukar ditangani seperti masalah truma, penderaan mental dan sebagainya.

5. Bersemangat
Penolong perlu sentiasa berusaha bersunggoh-sunggoh dalam prases membantu klien ke arah mencapai perubahan yang lebih baik walaupun akan mengambilmasa yang agak panjang untuk mencapai perubahan tersebut.

6. Ketampilan diri
Penolong hendalah sentiasa dalam keadaan kemas dan mempunyai perwatakan yang menarik dan perlulah bersesuaian dengan masa dan keadaan supaya dapat meyakinkan klien apabila berhadapan dengan seseorang penolong.


KESIMPULAN DAN RUMUSAN:

Konsep penolong yang ‘accountable’ adalah seorang penolong yang bertanggung jawab dalam melaksanakan tugasan tanpa da sebarang niat untuk mengambil kesempatan terhadap klien. Faktor utama yang dapat memelihara akauntabiliti seorang penolong adalah seharusnya mempunyai kekuatan dalaman dan kendiri yang teguh sebelum penolong dapat membantu orang lain.Bertindak sebagai membantu menyelesaikan masalah klien dan bukannya penyelesai masalah klien. Kebijaksaan mengaplikasikan pendekatan-pendekatan dan teknik-teknik yang sesuai dengan masalah atau isu-isu yang dihadapi klien.

ANCAMAN YANG DIHADAPI SERTA LANGKAH UNTUK TANGANI


ANCAMAN LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

1 Masa:

Masa amat terhad disebabkan sibuk dengan tugasan pejabat, urusan keluarga dan kemasyarakatan, fakfor ini menyebabkan penolong dan klien merasakan kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam sesi kauseling dan akhirnya menjejaskan proses pembantuan

Bijak menguruskan masa

Penolong perlu pandai membahagikan dan menguruskan masa dengan baik, bijak dan berkesan.


2. Tempat:

Kesukaran mendapat tempat, ganguan bising, tata atur tidak menarik dan terbuka boleh menjejaskan proses pembantuan
Pilih tempat yang sesuai

Penolong perlu membuat perancangan dengan memilih tempat yang paling sesuai seperti bilik yang selesa, kedap bunyi agar etika kerahsiaan terpelihara.

3. Bersikap Negetif:

Mendedahkan perasaan dan sikap diri sendiri, simpati/terlampau kasihan, tidak sabar tidak jujur, tiada skill berkomunikasi, bukan pendengar yang baik, banyak soal, meninggi diri dan seumpamanya. Boleh mengujudkan suasana yang tidak harmoni dan hilang keyakinan dan kredibiliti seorang penolong.
Bersikap Positif

Penolong perlu bersikap positif seperti menyimpan rahsia, empati, sabar jujur, ikhlas, sentiasa berkomunikasi, berfikiran terbuka, menjadi pendengar yang baik dan sentiasa mempertingkatkan keupayaan kendiri agar dapat kepercayaan dan keyakinan daripada klien.

4. Peraturan /Undang-undang:

Semua pihak perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan, seperti Penolong harus menyelesaikan tugasan hakiki terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengendalikan sesi pembantuan.
Mematuhi Peraturan/ undang-undang

Sebagai seorang pekerja atau penjawat kakitangan awam wajib mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan etika penolong, peraturan kerja, tat kelakuan dan sebagainya.

ANCAMAN LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

5. Perbezaan budaya/ cara hidup:

Perbezaan dari segi bahasaenolong dan klien, agama/kepercayaan dan kebudayaan menyukarkan interaksi antara /
Memahami budaya

Penolong perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami, memahami budaya ahli kelompok, menjaga senstiviti agama dan tatasusila

6. Perbezaan pangkat, darjat dan harta (protocol)

Pihak atasan biasanya tidak mahu menerima bantuan dari penolong dan penolong pula merasa rendah diri dan tergugat jika mengendalikan kaunseling terhadap orang tinggi status darinya.
Mengikut keupayaan dan status penolong

Penolong perlu memilih ahli kelompok yang mempunyai status yang sama.



PAPA2009

No comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Intervensi 3 |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.